24 February 2018

Eco-Resort Hotel with Outdoor Acivities .

Assalamualaikum,
Hello Traveller and Hotel Seeker.!


De Palma Eco-Resort Hotel Kuala Lumpur | Jauh dari kesesakan jalan raya walaupun terletak di pusat bandar Kuala Selangor, De Palma Kuala Selangor menjanjikan ketenangan dan kepuasan menginap di hotel mereka dengan berkonsepkan chalet dan villa yang selesa untuk didiami pengunjung.

Ada 48 buah Chalet dan 12 Villa untuk kamu pilih tetapi saya suggest sila call tanya- tanya manalah tau ada promosi harga. Promosi kadang di bagi hampir 50% potongan dari harga sebenar dan beruntunglah pengunjung yang kerja kerajaan ni tau sebab automatik dapat diskaun tapi jangan lupa bawa kad Kerajaan diorang cakap.


Ni bilik kakakmu Tini.. Maafla ye.. terposing ala model gitu.. Nampak dari luar Chalet jak nampak kecik gitu tapi bila dah masuk dalam chalet ni ada 3 buah katil dalam dia.. 1 Queen Bed, 2 Single Bed, ni memang sesuai sangat bawa anak bini  ke sini.. di luar bilik kamu boleh beraktiviti di dalam bilik faham -faham la kan.. nak rehat kan...

Antara kategori bilik yang ada : 
- Superior (Queen / Twin)
- Villa Superior (Queen / Twin)
- Junior Suite
- Deluxe (Twin / Triple)
- Anjung Suit
- Dara Suite
- Malawati Room (2 Queen)
- Desa Room (2 Queen)

Baiklah.. Bermalam 3 hari 2 malam disini si kakamu Tini sudah semestinya tidak mahu ketinggalan menikmati perkhidmatan yang ditawarkan. Sebelum saya cerita aktiviti di luar Eco-Resort ni heloklah sekiranya kak Tini cerita aktiviti yang kamu boleh buat di sini.

1. Menunggang Kuda


Maka disinilah si kak tini jadi Anak Bajau Confident..!  Sebenarnya mahu saja saya sintak  kuda tu then  bawa tu kuda macam ala-ala orang puteh dalam filem.. Lepas tuu ada aksi tembak menembak kak tini bersembunyi di tepi kuda tu menyangkut guna kaki sebelah jak.. ALaamakk imajinasii menguasai penulisan ku. 

Kamu jangan takut naik ni kuda.. kalau takut naik kuda besar ni.. ada kuda padi untuk kamu.. Kuda dia jinak.. Jangan risau.. ada abang Sado tolong Guidekan..! 

2. Jungle Trekking 


Part ni seronok. bagi yang suka menikmati indahnya flora dan fauna, kamu boleh join aktiviti ni, sekejap ja sebenarnya tapi terpulang dengan aktiviti apa yang kamu mahu buat disana. Aktiviti malam tu kami di bawa keliling hutan berhampiran De Palma Eco-Resort dengan tiada bantuan lampu suluh hanya mengharapkan cahaya bulan saja malam tu.. Seram tak seram.. ? kami di bawa secara berkumpulan la.. Ni kalau ada pasangan ni boleh laa acah- acah caring.. haaha.. 

3. Team Building


Di De Palma Kuala Selangor ni ada banyak kawasan yang lapang yang sangat sesuai di jadikan lokasi untuk beraktiviti kumpulan . Pihak hotel juga menitik beratkan ciri-ciri keselamatan dengan menyediakan perlengkapan keselamatan untuk pengunjung yang datang mahu buat team building disini. =).

4. Camping 



Terletak di bahagian dalam Hotel disediakan tapak perkhemahan sesuai bagi yang suka menikmati keindahan alam di Kuala Selangor ini. 

5. Makan malam di Luar Restoran 






Suasana malam tu memang best, sebab bukan selalu dapat makan di luar restoran dengan suasana yang nyaman dan sangat santai. 

6.) Fire Camp late Drink


Selepas Jungle trekking malam-malam di hutan kami dibawa ke sini. bersate-sate, minum malam.. Story-mory, kenal-kenal kawan baru.

7.  Zumba


Awal pagi Ahad tu kami berzumba di dewan besar De Palma Eco-Resort Kuala Selangor. Ada lebih kurang 1 jam kot.. lepas tu baru la kami bersarapan pagi di dalam dewan tu juga. =). 

8. City Tour

De Palma turut menyediakan perkhidmatan city tour di sekitar Kuala Selangor. Jadi tak perlu susah payah dapatkan tour guide di tempat lain De Palma kan ada. Antara Tempat yang kamu boleh pergi antaranya adalah :,

a ) Bukit Malawati


b) Sky Mirror


 Untuk mereka yang sukakan sesuatu yang unik, ini adalah tempat yang kamu harus pergi.. Sebab ini adalah sebuah pulau misteri yang sekarang menjadi tarikan ramai pengunjung dengan panorama yang menarik jadi bagi pengemar photografi boleh lah mendapatkan foto yang menarik dengan kreatif. 

c) Taman Alam Kuala Selangor


Bagi pengemar alam semula jadi disini kamu boleh menikmati suasana alam semula jadi dengan berjalan kaki. Kalau sendiri jangan risau sebab ada lotong dan kera bakal temankan kamu dari belakang. hihi.. Hey..! make some fren la..  (kidding!)

 d) Kampung Kuantan (kelip-kelip)


Yang ni Febret.! Di sini kamu dapat melihat dan merasai suasana romantik dengan kerlipan si sang kelip-kelip semula jadi tau bukan lampu kelip-kelip buatan manusia, Dengan bantuan abang - abang gagah ni dapat laa kami di bawa keliling kelip-kelip. Tak.. kami tak kacau kelip- kelip tu.. kita cuma menikmati keindahan ciptaan Allah je.. Tambah-tambah lagi cahaya bulan terang time tu.. Allahu romantik sangat..





No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Follow Us @soratemplates